Pelaburan adalah risiko...satu metafora...

Hari tu aku terpaksa redah hujan lebat (naik motor tanpa baju hujan) masa balik keje..Masa tengah redah hujan minda aku terpikir pasal investment n risiko ni...secara simboliknya, perjalanan balik dari tempat kerja ke rumah aku semalam adalah metafora kepada investment yang aku nk buat n tagret aku dalam investment ni...Bayangkan pejabat adalah tempat aku berada sekarang. Rumah pulak aku punyer target. Motor sebagai medium untuk aku capai target..laptop sebagai modal yang aku nk secure...Impian aku...sampai rumah terus tdo(tdo masa hujan ni best woo!!!)...hehehe...

Back to my story, aku dah separuh perjalan dah sebelum hujan turun..Actually aku dah nampak tanda2 hujan nk turun...tapi aku redah juga pasal aku yakin setakat hujan macam tu aku boleh redah lagi tanpa buat laptop aku basah....Sebab apa? Aku nak kekalkan momentum aku...target aku,aku nk sampai rumah sblum pukul enam..aku boleh buat keputusan untuk tgu bwah jejantas sampai hujan reda tapi maybe akan sampai rumah pukul lapan malam..berdasarkan keadaan hujan tu la...so aku amek keputusan untuk redah je hujan...benda yang aku paling nak lindungi waktu tu laptop aku pasal xde cover pape pun..just a plain laptop beg...tapi aku yakin beg laptop tu boleh kalis air...so aku redah jugak hujan yang maha lebat tu...hasilnya,aku berjaya sampai rumah pukul enam lebih sikit,beg laptop aku lencun kat luaran tp laptop x basah...n aku berjaya tdo dengan bahagianye lepas mandi sampai la kul 9 mlm (terlanjur maghrib aku)....so,korang faham ke metafora ni?...Kalau x faham lantaklah....Hehehe...

Remember this!!

1. Kita kena tahu perbezaan antara ASET dan LIABILITI, dan beli ASET.
2. Setiap pelaburan ada risiko. Kita perlu tahu setakat mane risiko yang boleh kita kita terima.

Antara Aset dan Liabiliti

Ramai antara kita gagal untuk bezakan antara aset dan liabiliti. Apa yang selalu aku perhati kat sekeliling kita ni, kita asyik buang duit beli liabiliti dan anggap liabiliti tu sebagai aset. Itu yang membeza kita dengan orang kaya...Kita kumpul liabiliti tapi orang kaya kumpul aset...Mcm mane nak bezakan dua benda ni? Senang je...ASET = benda yang bagi duit kat kita. LIABILITI pulak = benda yang mengeluarkan duit dari poket kita...

RULE NO 1!!

Kalau ikutkan ape yang RK bgtau dalam buku dia,cuma ade satu je rule untuk kuar dari RAT RACE ni..KENALPASTI MANE ASET,MANE LIABILITI...DAN BELI ASET!!! Dalam bahasa yang paling mudah ASET tu benda yang boleh bawak duit masuk dalam poket kite dan LIABILITI tu benda yang buat duit kuar dari poket kita.

Senang citer macam ni la,bayangkan yang korang baru dapat keje n ade duit..pastu korang beli keter..keter tu pulak korang kena kuarkan duit utk bayar kat bank,duit utk servis,duit utk minyak dan lelain..dapat keter korang melaram habis satu kampung,last2 hujung bulan duit dah hbs...Tu makna die korang dah beli LIABILITI...

ASET pulak,korang bayangkan korang beli rumah...pastu rumah tu korang sewakan,bulan2 korang bayar kat bank RM 300,tapi korang dapat sewakan RM 500..so,skg ni duit dah masuk dalam poket korang RM 200 tiap2 bulan..tapi korang jgn la ingat asal rumah je aset pastu korang pakat beli rumah banyak2,asal keter je liabiliti pastu korng pakat xnak beli keter...keter n rumah ni sebagai contoh je pasal ni la pada pendapat aku benda paling baik nk dijadikan contoh..korang faham ke? Kalau x faham...nasihat aku kurang2kanlah makan semut tu...hehehehe

Main kira-kira

Lantaran daripada kemalasan aku untuk lukis2 income statement dan balance sheet (utk terangkan konsep cashflow) aku cadang nk main kira2 la...

ok murid2,amek pensel ngan kertas...
soklan die mcm nih..

a. harga rumah 1 (tanak citer la pasal -ve cashflow giler babeng...yang ni target utk capital gain..PERIOD)

b. harga rumah 2 :

dp = RM 0.00
harga = RM 80k
monthly mortgage payment = RM 432.00
rental rate = RM 500.00 - RM 550.00

sebab aku duduk rumah ni sepatutnya rumah ni jd liability utk aku tp...sebab kejaan bayarkan rumah ni utk aku...so,aku still consider rumah ni sebagai aset..(ITP aku RM 450.00 sebulan..hahaha..korang jgn jeles)

c. harga rumah 3 (dalam proses) :

dp = RM 10%
harga rumah = RM 68k
monthly mortgage payment = RM 296.oo (MRTA, Valuer n lawyer fees included)
rental rate = RM 450.00 - RM 500.00

Soalannye, sila kirakan kerugian yang ditanggung oleh encik aku kerana telah membeli rumah banyak2 (ala..korang kan selalu pikir beli rumah ni rugi,baik beli keter..bleh ngorat awek kat jln p. ramlee)

p/s: rumus die (rental rate - monthly mortgage payment). Kalau x hafal tulis rumus ni kecik2 kat atas calculator korang..

Lesson 1. The Rich Don’t Work for Money.

Yup! Aku setuju dengan statement ni. Pasal duit yang bekerja untuk Orang Kaya (OK). Sebab tu OK makin kaya. Orang kebanyakan ni kerja untuk dapatkan duit. Sebab ape jd macam ni? Sebab kita terperangkap dengan dua benda dalam diri kita, TAKUT n TAMAK (2T). Bila dua menda ni dah melekat dalam diri, kita akan mula terperangkap dalam LUMBA TIKUS (RAT RACE). Bangun pagi, pegi keje, bayar bil n hutang,bangun pagi, pegi keje bayar bil n hutang….tu la yang dinamakan LUMBA TIKUS.

Sebab terperangkap? Kat sini la 2T tadi main peranan. Naluri manusia ni kita TAKUT bila xde duit. So kita jadi semangat untuk cari duit. Bila dapat duit (gaji), kita pulak jadi TAMAK. Ianya mula menguasai diri untuk kita habiskan duit tu beli mcm2 benda yang x perlu. Bila kita makinTAMAK, kehendak kita makin tinggi. Bila duit x cukup,kita HUTANG. Kita pun keje makin kuat utk dapat duit lagi banyak untuk bayar hutang yang makin bertambah. Kitaran tadi pun berulang lagi.Kita masih lagi duduk dalam ZON SELESA kita (kononnya) yang bernama LUMBA TIKUS tadi…

Norma orang kebanyakkan ni, bila x ada duit kita bertindak. Kita bertindak dengan kerja lebih kuat supaya cepat naik gaji atau buat part time sana sini. Tp x pernah berfikir cara untuk keluar dari kitaran tu. Kita kerja sebab duit.Akhirnya, kita jd hamba duit. Tp orang kaya, die berfikir dulu. Bila berfikir dia cuba cari jalan untuk keluar. Dia guna duit die untuk buat duit lg. Sampai satu tahap,duit die je yang bekerja utk die…beza kan?

RICH DAD POOR DAD bahasa melayu?

Buku ni banyak ubah pemahaman aku pasal financial planning nih. Aku bercadang nak ‘summarized’kan ape yang ada dalam buku ni dalam bahasa melayu so that sape2 yang belum baca buku nih dapat ilmu yang sama. Maybe benda nih legally salah tapi pada aku,mende nih perkongsian ilmu…bak kata POKLI..SHARING IS CARING…ni je la yangaku boleh share, nak share harta? aku cuma kaya hutang…hahaha…Ala, berape ramai profesional kat Malaysia ni masa study dulu diaorang langgar hakcipta penulis2 buku rujukan diaorg?…

Bagi yang belum pernah nak baca Rich Dad Poor Dad this is briefly ape yang ada dalam tu:

Lesson 1. The Rich Don’t Work for Money.
Lesson 2. Why Teach Financial Literacy?
Lesson 3. Mind Your Own Bisnes.
Lesson 4. The History of Taxes and the Power of Corporations.
Lesson 5. The Rich Invent Money.
Lesson 6. Work to Learn, Don’t Work for Money.