Ponzi Scheme

Dua hari lepas aku ada tgk dua documentary dalam channel 554 pasal great depression n satu lagi pasal Bernard Madoff punyer skandal…Aku pun agak sikit shock jugak la pasal rupa2nya ada jugak golongan yang boleh dikatakan multimillionaire ni terjerut gak ngan dakyah2 ponzi a.k.a skim cepat kaya nih…

To be frank, aku pun pernah jugak terjebak dalam skim ni kat NEGARAKU ni..Business plan yang asalnya ditawarkan dalam bentuk partnership (sleeping partner) telah disalahgunakan oleh individu yang ambil alih syarikat setelah owner asal meninggal..Mulanya atas kepercayaan kepada arwah, n track rekod syarikat yang selama ni telus dalam urusan bisnes aku tekad utk teruskan partnership tu…Tp lama kelamaan, syarikat mula x nampak hala tuju, kontrak2 yang dah secure mula goyah…duit hilang ntah kemana lepas dileburkan ke insvestment yang ntah hape2 yan menawarkan easy money…owner baru asyik joli sakan…Bermula la episod ‘u ajak kawan invest ngan company, u dapat komisyen’…duit masuk mencurah2 n then tetiba syarikat collapse…aku? Lost almost 50K…huhuhu

Lepas pada tu, aku mula bukak mata pasal dunia bisness ni walaupun aku bukanla seorang player dalam dunia ni..aku mula start bukak mata pasal financial planning n investment walaupun belum lagi jadik player sepenuhnya..dari situ jugak la aku mula kenal Azizi Ali, Robert Kiyosaki dan lain2..Dari situ juga la aku mula terbukak minda pasal passive income n RE investment...start dari situ jugak la aku mulakan baby step aku…Insya Allah, dalam masa sepuluh tahun dari sekarang, aku akan dapat capai target aku..amin..

Berbalik kepada cerita asal, kepada sahabat handai kat luar sana yang x tahu pasal skim ponzi ni cari la maklumat dalam wikipedia ke google ke…So, secara basicnya aku kategorikan semua mak nenek MLM yang tekanan terhadap business plan dia adalah untuk mencari orang bawah adalah skim ponzi..kenapa? A genuine MLM business, they sell product..n the income is calculated based on ur selling rekod…Tapi kalau duk sibuk nak cari dua orang nak duk bawah kita memang dah confirm la menda tu pyramid..n only the head of the system yang akan kaya…Kepada sahabat handai yang duk sibuk nk buat loan sebab nak join LAMP BERGER ke, UPTREND ke, IRC ke..pikir2 kan la…jangan gelap mata dengan dakyah2 confident artist yang ada tu…

0 comments:

Post a Comment